8.04 PM: Walaubagaimana pun dalam entri kali ini aku bukan nak bercerita tentang harga smartphone ini tetapi lebih kepada root / flash kepada Android OS yang terbaru iaitu Gingerbread. Kepada sesiapa yang beli mana² smartphone sebelum ini Android OS adalah Froyo. Kepada sesiapa yang tidak tahu apa yang aku maksudkan di sini, Froyo adalah OS Android version 2.2 manakala Gingerbread adalah latest OS Android version 2.3.4. Untuk mengetahui lebih lanjut boleh baca di sini.
8.10 PM: Banyak benda yang perlu difikirkan terlebih sebelum korang flash dari Froyo ke Gingerbread ini. Antara faktor paling penting adalah, once dah flash ke Gingerbread ini, secara automatiknya waranti smartphone akan void. Sebabnya korang flash sendiri bukannya pergi Samsung Centre untuk minta tolong upgrade kan. Kedua, handphone korang akan 'mati' sekiranya tidak membaca arahan dengan betul sewaktu membuat flash. Tapi itu tidak menjadi masalah, jika pandai rollback.. :P
8.14 PM: Aku sendiri telah flash dari Froyo ke Gingerbread sebelum hari raya yang lepas. Percubaan pertama aku ketika flash telah gagal dan smartphone sentiasa keep rebooting. Setelah flash kali kedua baru lah smartphone aku beroperasi dengan OS Gingerbread.
Apa yang perlu korang buat sebelum flash ke Gingerbread ini:
- Pastikan membuat backup segala SMS, contact, application, gambar dan apa sahaja yang dirasa kan penting. Ini adalah kerana pengalaman aku sendiri, di mana semua SMS, contact, application telah hilang akibat tidak membuat backup.
- Baca dan faham guide dan tutorial yang digunakan sewaktu untuk membuat flash. Buat research dahulu.
- Untuk Samsung Galaxy SL i9003, kena flash daripada Froyo ke Gingerbread version XXKPE terlebih dahulu. Kemudian baru lah flash ke Gingerbread XXKPH (official).
- Firmware² XXKPE berkaitan latona_20110114.pit, APBOOT_I9003XXKPE_CL409735_REV08_user_low_ship.tar.md5, CODE_I9003XXKPE_CL409735_REV08_user_low_ship.tar.md5, GT-I9003-CSC-MULTI-OXAKPE.tar.md5 dan juga MODEM_I9003XXKPE_REV_00_CL1041909.tar.md5
- Setelah upgrade ke XXKPE baru lah dapat flash ke XXKPH (I9003XXKPH_I9003XXKPH_I9003SERKPH_HOME.tar)atau pun yang lebih terbaru JPKP5
- dan tidak lupa application untuk root flash iaitu Odin
8.41 PM: Segala firmware yang aku sebutkan di atas, korang boleh google sendiri dan seterusnya cuma baca arahan untuk flash dari Froyo ke Gingerbread. Dan jika flash ke Gingerbread ini tidak berjaya adalah tanggungjawab masing²... Ada risikonya... hokhohkohkhohkhok.....