5.56 PM: Selepas sahaja pihak SKMM mengambil tindakan untuk menyekat laman web file sharing ini, pagi ini ketika aku melayari laman web thestar.com.my ada pula berita menyatakan bahawa hackers akan hack laman web portal kerajaan malaysia di malaysia.gov.my.
6.00 PM: Adakah si hackers ini cukup bodoh sehingga nak dapatkan publisiti murahan dengan menyatakan dalam berita lagi bahawa mereka ingin hack laman web tertentu ditambah pula siap dengan detail bila mereka akan jalankan operasi mereka ini. Bagi aku hackers sebegini adalah tidak professional dan bersikap kebudak-budakan. Adakah mereka ingin hack menggunakan kiddie script? Atau tool yang dah sedia ada di laman web warez? Hackers yang sebenar tidak akan buat publisiti murahan bahawa mereka ingin hack laman web tertentu kerana hacker ini ibarat pencuri. Ada ke pencuri nak menceroboh masuk rumah akan telefon dahulu pemilik rumah tersebut?
6.06 PM: Kebanyakkan hackers yang aku tahu adalah jenis low profile dan tidak sesekali buat publisiti begini. Tapi kalau laman web milik kerajaan di hack sekali pun, aku tidak akan terkejut sebab dah banyak kali sebelum ini laman web kerajaan malaysia kena DNS poisoning, SQL injection dan lain-lain lagi. Ini semuanya kerana owner laman web tersebut tidak peka dan tidak tahu apa security holes dalam laman webnya. Mana-mana laman web milik kerajaan malaysia yang pernah di hack sebelum ini boleh di semak di zone-h.org. Bagi aku tidak kisah berita ini benar atau tidak, Aku berharap kepada owner laman web kerajaan malaysia ini sila bersiap sedia sepanjang masa, check security holes, patch apa yang patut di laman web anda.
0 comments:
Post a Comment