9.57 PM: Sepanjang hari ini aku habiskan masa di Hotel Marriott Putrajaya sempena menghadiri ceramah / event tentang salah sebuah MLM di Malaysia iaitu D**L. Aku hadir ke event ini pun sebab invitation daripada kawan aku yang beriya-iya ajak sebab dia beli tiket extra. Daripada aku tidur di rumah kenapa tidak aku just menghadirkan untuk lihat sendiri MLM ini sendiri walaupun dalam hati tidak pernah terdetik pun untuk join MLM.
10.00 PM: Sampai sahaja di sana aku mendapati ramai betul anak muda Melayu dan juga bangsa lain yang turut serta dalam event ini. Semuanya memandu kereta mewah seperti Audi, Nissan Skyline, BMW, Mercz dan lain- lain lagi. Bagi aku semua itu tidak impress aku langsung. Bagi aku hebat betul cara-cara orang MLM ini brain wash supaya join dalam MLM mereka.
10.06 PM: Antara intipati dalam ceramah MLM ini tadi adalah tidak perlu menjual produk, kami akan tolong business partner jadi macam kami, tidak perlu cari downline, if nak naik pangkat cepat invest banyak dan lain-lain lagi. Well sorry to said, bagi aku MLM adalah skim piramid / skim cepat kaya sahaja. Dalam MLM D**L ini berkata menerangkan business partner tidak perlu cari downline. Ahahaha... come on lah... business partner yang kora maksudkan tu adalah downline. Let said if dapat cari more business partner a.k.a downline maka makin cepat kau naik.
10.13 PM: Apa yang mengejutkan aku mostly ramai pemuda pemudi yang join. Ada di antara mereka yang buat loan semata-mata untuk dapat naik pangkat dengan cepat. Ada suatu ketika waktu rehat tadi datanglah seorang yang jauh lebih muda dari aku, umurnya dalam 20 tahun. Si pemuda ni kata baru join beberapa bulan dan sudah dapat income RM 10k satu minggu. Dan si pemuda ini juga berkata "Bro, peluang datang sekali sahaja semumur hidup kena grab".
10.17 PM: Kalau betul MLM ini boleh menggandakan duit kenapa ada ex² member MLM ini sendiri yang cabut? yang berhenti? yang rasa menyesal? yang lingkup? kenapa masih perlu pakai downline / sistem piramid? dan why perlu invest sekian² untuk cepat naik pangkat? Sila explainkan? Masakan pokok bergoyang jikalau tiada angin??
10.24 PM: Biarlah aku dengan cara aku. Bagi aku tiada cara / jalan pintas untuk menjadi kaya melainkan dengan usaha. Memang tak dinafikan hidup ini mengejar harta, kekayaan, kesenangan, kebendaan. Itu semua hanya lah sementara sahaja. Biarlah tak hidup kaya janji hati senang dan bahagia. Biar dikatakan kolot dan tidak membuka minda, asalkan aku tak ambil jalan mudah untuk senangi diri.
Enuf said.
0 comments:
Post a Comment