Tuesday, March 01, 2011

Sikap Rakyat Kita

9.13 AM: Pada pagi ini ketika aku surf dan baca akhbar online, kebanyakkan ada kisah tentang hari terakhir pembayaran saman yang sudah pun berakhir pada jam 12 malam tadi. Kebanyakkan akhbar menyatakan kaunter pejabat POS dan juga kaunter untuk bayaran saman di Balai Polis juga sesak dengan kehadiran orang ramai untuk membayar collection saman diorang.

9.18 AM: By the way aku dah jangkakan perkara macam ini akan berlaku sebab mentaliti dan sikap rakyat kita sendiri yang suka menangguhkan dalam membuat sesuatu perkara. By the way mari kita tinjau segala alasan bodoh dan bangang yang dibuat oleh mereka:

1. Menunggu gaji masuk:

Salah seorang pembayar saman, Azman Anuar, 40, memberitahu, dia hadir pada saat akhir membayar saman memandangkan gaji bulanan baru diterimanya hari ini.


2. Masalah nombor giliran:

Tinjauan di Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee pula mendapati, mesin tiket nombor giliran terpaksa diberhentikan kira-kira pukul 11.30 pagi sekali gus membuatkan orang ramai tidak berpuas hati.


3. Rayuan lanjutkan tempoh bayaran:

Malah ada di antara mereka merayu agar kerajaan melanjutkan kembali tempoh pembayaran kerana masalah sistem yang didakwa tergendala.

Sumber rujukan kredit kepada utusan.com.my


9.25 AM: Bagi aku semua alasan di atas tidak boleh diguna pakai langsung. Yea lah, pihak berwajib dan beri tempoh masa yang cukup lama untuk menjelaskan koleksi saman. If korang bayar pada saat awal masalah seperti nombor gilirn mahu pun masalah sistem mesti tidak akan terjadi terjadi. So aku harap kepada sesiapa yang keluarkan alasan bodoh dan bangang sila salahkan diri korang dahulu sebab suka sangat tangguh perkara sebegini. Think first before point finger to others.

0 comments: