Thursday, March 24, 2011

Samsung Galaxy SL

9.37 AM: Pada Disember 2010 yang lalu, HTC TyTn II aku telah pun telah menunjukkan tanda-tanda awal bahawa jangka hayat ia akan berakhir. Tanda-tanda tersebut adalah sim kad sekejap boleh detect dan sekejap lagi tidak boleh. Aku fikir pada masa itu mungkin sebab 'klip' untuk sim kad tersebut sudah longgar maka aku selitkan kertas dan akhirnya boleh beroperasi seperti biasa.

9.42 AM: Tetapi sekitar Januari 2011 tahun ini, HTC TyTN II secara rasminya sudah sampai ke penghujung hayatnya kerana sim kad aku langsung tidak boleh detect
lagi walaupun beberapa solution telah aku cuba namun semuanya sia-sia sahaja. Setelah aku puas google, akhirnya aku mendapat jawapan kenapa sim kad sudah tidak boleh detect lagi. Ini adalah kerana sim kad flex dan ribbon sudah rosak a.k.a corrupt. Benar lah kata² orang kalau guna phone jenis slide ini memang mudah cepat rosak.

9.49 AM: Pada 22 Mac 2011 yang lalu, aku membeli PDA / smartphone yang baru iaitu Samsung Galaxy SL. Samsung Galaxy SL ini merupakan adik kepada Samsung Galaxy S di mana dari segi hardware seperti storage dan GPU dan juga skrin mempunyai perbezaan. Walau bagaimana pun, dari segi Application dan beberapa kategori lain semuanya sama
sahaja seperti Samsung Galaxy S.

9.55 AM: Menurut gsmarena.com Samsung Galaxy SL ini baru sahaja keluar di pasaran iaitu pada Februari 2011 yang lepas. Kalau orang tanya aku kenapa tak beli Samsung Galaxy S atau kenapa tak tunggu sahaja Galaxy S II keluar pada bulan depan, jawapan aku mudah sahaja. Aku beli berdadarkan "ukur baju di badan sendiri" dan most important kau explorer dan fully utilize application di dalam sesebuah PDA / smartphone tu. Berapa pengguna di luar sana pakai HP / PDA / smartphone yang canggih
tetapi hanya guna prepaid sahaja, post status facebook, main game atau ikut trend semasa? Hokhohkohkhohkhok.... apa pun duit masing-masing betul tak? :P

10.04 AM: Bawah ini adalah beberapa gambar yang aku snap guna HTC TyTn II yang telah bersara setelah berkhidmat dengan aku selama 2 tahun.





0 comments: