10.31 AM: Malam tadi ketika aku nak install MS Windows 7 di laptop sepupu aku, laptop berkenaan telah berlaku banyak kali kali BSOD sehingga kan BOOTMGR is missing a.k.a Boot Manager missing. Tetapi korang tahu kah apa itu BootMgr ini? BootMgr ini adalah data untuk boot configuration untuk OS Windows. BootMgr ini boleh juga dikira sebagai nama baru untuk NTLDR untuk OS Windows sebelumnya.
10.37 AM: Kalau BootMgr atau NTLDR ini missing memang lah satu masalah "besar" juga sebab nak fix bukan senang. Paling teruk pun korang kena repair windows file installation untuk replace file yang missing atau corrupt.
10.40 AM: Tetapi pada kali ini aku nak kongsi bagaimana nak fix missing BootMgr ini untuk windows 7.
1. Pertama sekali, sila boot up PC korang dengan cd / dvd Windows 7 ini. Kemudian akan keluar interface Install Windows 7 ini. Korang jangan klik install now tetapi pilih option Repair your computer.
2. Lepas klik option repair your computer, akan keluar banyak option untuk recovery. Sila klik option Command Prompt.
3. Setelah itu akan muncul interface command prompt yang selalu korang lihat. Dan sila masukkan command yang aku highlight warna merah seperti berikut.
bootrec.exe /fixmbr
bootrec.exe /fixboot
4. Setelah selesai, sila restart PC dan komputer korang akan boot up seperti biasa. Jika cara di atas tidak berkesan, korang boleh cuba cara yang dinyatakan di forum techarena ini. Selain itu korang juga boleh download Hiren Boot CD dan gunakan HDD generator untuk fix.


0 comments:
Post a Comment