Saturday, January 01, 2011

Salam tahun baru 2011

1.57 AM: Pertama sekali aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru 2011 kepada semua pembaca dan kawan-kawan aku. Ini merupakan entri pertama aku di tahun baru ini. Bagi aku sama ada tahun baru atau tidak, ia nya sama sahaja. Angka sahaja yang sama tetapi hakikatnya aku masih lagi melalui hari-hari yang sama. Dan aku berharap hari-hari yang mendatang adalah hari yang lebih daripada hari ini dan semalam.

2.00 AM: Bila cakap tentang tahun baru, mula lah semua orang sibuk pasang azam baru untuk berubah. Kenapa harus tunggu setiap tahun baru untuk berubah? Adakah sebelum ini korang tidak boleh berubah? So sepanjang tahun lepas yang baru sahaja berlalu, cuba lihat pada diri sendiri... adakah kita dah berjaya capai apa yang kita mahukan? Perjalanan hidup ini masih jauh lagi dan penuh berliku...

2.04 AM: Apa-apa pun, aku berharap tahun ini aku dapat mencapai target yang aku mahukan.

Kejayaan = tawakal + usaha + pengorbanan + motivasi / inspirasi
+ cita-cita

0 comments: