Wednesday, January 26, 2011

Google at Malaysia?

2.13 PM: Hari seperti biasa aku surfing di internet dan jumpa satu benda yang menarik iaitu GOOGLE akhirnya akan membuka branch office di Malaysia. Aku fikir ini satu benda yang bagus sebab datangnya Google di Malaysia nanti maka akan membuka peluang pekerjaan yang baru kepada rakyat Malaysia. Tapi bagi aku dengan kedatangan Google ini, maka boleh di katakan lengkap lah MNC yang melabur di Malaysia. Ini adalah kerana sebelum ini, kita sudah pun ada big MNC seperti Shell SITI, HP, Ericsson, AMD dan banyak lagi.

2.18 PM: Tetapi yang menjadi persoalan sekarang, apakah main career
opportunities yang ditawarkan di Google Malaysia nanti? Adakah seperti di Google Singapore di mana main business lebih kepada sales and marketing. Aku harap akan adalah career opportunities untuk technical operation. Setakat ini apa yang aku tahu, cuma kurang daripada 5 orang sahaja rakyat Malaysia yang bekerja di Google. Salah seorangnya yang aku kenal ada di blogroll aku iaitu electroboy a.k.a izuardi.

2.22 PM: Tetapi untuk masuk kerja di Google bukannya senang sebab ikut pengalaman electroboy sendiri, ada 5 ke 7 kali tapisan interview. Kalau nak tahu lebih lanjut korang pergi ke link ittutor.net ini. Apa-apa totally, dengan kedatangan Google ini bermakna Malaysia semakin maju ke hadapan dan berharap semakin banyak big MNC melabur di Malaysia.


"Riding on the back of Malaysia's 55.6% internet penetration and the fact that Malaysia also has one of the highest usage percentage for Google's Chrome web browser in Asia Pacific, Google Inc. have announced their deepening investment into Southeast Asia by opening a brand new office in Kuala Lumpur. "

source take from lowyat.net

0 comments: