6.41 PM: Bagi aku ini semua adalah fake news a.k.a HOAX. Kalau tak tau apa itu HOAX sila cari di GOOGLE. Di sebalik kehangat berita palsu ini tersebar luas, ada sesuatu yang menarik perhatian aku sebenarnya. Salah seorang usahawan yang bergelar DR pun boleh terpedaya dengan berita HOAX. Adakah si DR sengaja nak cari publisiti murahan atau dia benar-benar tidak tahu yang ini adalah HOAX? Aku bukan lah sesiapa untuk judge people tapi at least usahawan yang ada title DR ini harus lah semak dahulu dari mana datangnya sumber berita HOAX Facebook ini.
6.47 PM: Lepas sahaja si DR ini dapat tahu khabar angin bahawa laman web sosial Facebook akan, si DR membuat entri post di akaun facebook nya. Dan si DR tanpa segan silu membuat kenyataan:
"Khabar angin FB akan ditutup pada 15 mac 2011.Tindakan ddr utk majukan dRbook ,laman sosial sendiri adalah tepat . InsyaAllah Malaysia akan bersama ddr di dRbook seawal Mac 2011"
sila klik di sini untuk tahu dengan lebih lanjut.
6.52 PM: Bagi aku, si DR kalau nak wujudkan laman web social miliknya pun, tidak perlu lah ada perkataan "book" di belakang itu. Nampak sangat macam nak take over or nak copy paste sahaja. Why not dia buat nama lain yang difikirkan lebih sesuai? Dan kepada berita kosmo.com.my, sila lah cari sumber sahih dahulu sebelum membuat berita palsu. Ini adalah kerana Facebook sendiri telah menyatakan laman web nya tidak akan di tutup. Di tahun-tahun yang lalu, aku masih lagi ingat bahawa laman web social Friendster dan juga MySpace mempunyai HOAX yang sama. This is how IT world works. Kita sendiri yang nilaikan untuk menerima atau menolaknya. :)
0 comments:
Post a Comment