4.19 PM: Bulan depan, Disember 2010 genaplah sudah tiga tahun pengalaman bekerja aku dalam dunia IT ini. Sepanjang tiga tahun ini banyak perkara suka dan duka yang berlaku hingga aku berjaya mencapai tahap pekerjaan sekarang ini. Jika orang berkata aku ni hebat sebab kerja sebagai engineer, gaji rm3*** dan seumpamanya aku tetap tidak merasakan diri aku hebat pun. Aku tak suka diangkat / dipuji oleh kawan sekolah aku ni gaji besar boleh hidup mewahlah dan lain-lain. Aku cuma nak jadi diri sendiri sahaja di mana sebenarnya aku memang seorang yang pemalu dan tak suka sangat jadi tumpuan / perhatian orang lain.
4.30 PM: Apa-apa pun aku ingin berkongsi tips mencari kerja di Malaysia / tips to be haunted in Malaysia walaupun pengalaman aku ini tidak seberapa. Kebanyakkan tips ini aku cakap berdasarkan experience aku dalam dunia IT khususnya.
Daftar / Register di laman web mencari pekerjaan:
Jobstreet
- bagi aku jobstreet.com adalah salah satu laman web mencari pekerjaan yang paling popular di Malaysia. based on experience aku di jobstreet, kena apply puluhan / ratusan company baru lah ada yang sangkut dengan interview.
Monster
- bagi aku monster adalah laman web mencari pekerjaan yang paling baik sekali. sebabnya aku sendiri telah panggil interview beberapa melalui laman web ini. kebanyakkan company yang register dalam Monster adalah company² terkemuka dan hebat.
Jobsdb
- laman ini juga merupakan salah satu laman cari kerja yang popular tapi setakat ini tak ada apa-apa lagi interview aku dapat menerusi jobsdb
Daftar dengan agensi mencari kerja. Menurut senior aku dan pengamatan aku, trend kerja dalam dunia IT khususnya memang akan pakai 3rd party agency / vendor. Ini bermakna aku ambil contoh senang macam pekerjaan aku sekarang adalah menjaga Shell Oil server. Shell outsource kan IT nya kepada T-Systems dan T-Systems menggunakan 3rd party untuk hired experience people. Dalam kes aku ini, Jenjobs merupakan 3rd party utk T-Systems. Di bawah adalah beberapa agensi mencari kerja:
Jenjobs
- salah satu agensi yang terbaik untuk cari kerja dalam dunia IT. Untuk sesiapa yang ada experience dan berminat nak join / jaga global company khususnya Shell Oil, sila hantar resume korang pada Jensjob.
Manpower
- menurut kawan-kawan aku, agensi manpower adalah agensi yang paling baik sekali di antara semua agensi lain. Client manpower pun sangat besar. Salah satunya adalah CSC
Kelly Services
- agensi ini pun tidak kurang hebatnya sebab clientnya pun bukan calang². client² yang aku maksudkan adalah CSC dan GSK.
4.53 PM: Apa yang tulis di atas ini mostly lebih kepada experience worker. Tips untuk fresh graduate pula? Nantikan tips cari kerja aku selanjutnya di akan datang.
4 comments:
thanks for this post ..
:)
x sabar nak bc entry seterusnya ..
aku tengah carik tempat praktikal ..
tq for the feedback...
aku just share experience sahaja dalam dunia kerja ni. :)
good info. btw, utk jobstreet. ada cara senang kalau nak dapat keje. Instead of apply via jobstreet, amik email company tu and send the email directly to the company. mcm ni lagi cepat. Aku dulu apply 3, 3-3 panggil utk interview tak sampai 2 minggu lepas aku hantar email tu.
jenjobs tu menarik. thx for the info.
and last,personally, aku tak gemar sgt guna agen. huhu sbb bg pendapat aku, kalau nak cari keje pon malas2 sampai ada agen tolong carikan, nanti dah keje pon mesti malas2. so aku lagi prefer usaha kaw2 nak dapat keje tu sendiri.
thx for linking my blog.
thx bro sebab comment... am linking with ur blog sebab ur blog attract me something...
yeah bro.. persepsi setiap ttg keje if different...
skrg rata2 keje global or local company utk IT khususnya.. syarikat2 ni sendiri yg outsource kan kepada agen2 or vendor to work with the company... :)
Post a Comment