Thursday, October 07, 2010

Where are you after one year? Part 2

4.20 PM: Pejam celik pejam celik sekejap sahaja masa setahun dah berlalu since entri aku tentang Where are you after one year? yang dipost Oktober 2009 tahun lalu. Entri tajuk sebegini aku akan buat setiap tahun bersempena dengan konvokesyen yang telah aku dan kawan-kawan seperjuangan di UNITAR a.k.a UNIRAZAK tinggalkan 2 tahun lepas.

4.24 PM: Rasanya seperti baru sahaja semalam aku menamatkan zaman student aku. Terlalu banyak kenangan suka dan duka ketika aku study di UNITAR dahulu. Dalam jangka masa singkat selama 2 tahun ini terlalu banyak perubahan yang telah berlaku. Contohnya IPT yang aku study dahulu iaitu UNITAR telah rebranding semula dengan nama UNIRAZAK dan baru beberapa bulan lepas UNIRAZAK telah pun berpindah ke bangunan baru di Leisure Commerce Square yang betul-betul terletak tidak jauh daripada stesen KTM Setia Jaya.

4.28 PM: By the way mari kita lihat perubahan yang berlaku setelah setahun berlalu:-

aku: dapat kerja baru di T-Systems sebagai Wintel Operations Engineer a.k.a DTS dan ini merupakan kerja unexpected di mana benda patut aku dapat by umur 25. tapi dah rezeki aku maka aku terima sahaja lah dan sedaya upaya untuk menggalas tanggungjawab ini.

anitawati: masih lagi di company lama iaitu di XYBASE tetapi baru-baru ini telah beralih bidang daripada tester engineer ke developer. syabas aku ucapkan!

nur malia: seperti biasa, akan turut ikut serta dengan anita. kiranya diorang ini memang tidak dapat dipisahkan lagi. macam couple lah pula... hokhohkohkhohk... (anita / malia jangan marah aku seandainya korang baca entri ini.. ehehehe)

ozy azeya: telah selamat berkahwin dengan pemain bola sepak Selangor iaitu Razman dan telah pun mempunyai cahaya mata. tahniah ozy! :)

suriavarman: masih lagi sambung degree di UNIRAZAK dan kemungkinan tahun ini atau tahun depan baru habis

vinoth: sama juga seperti suria. ke mana sahaja mereka berdua ini pergi pasti bersama sebab mereka ini memang kawan baik.

4.36 PM: Aku fikir ini sahajalah update tentang kawan-kawan seperjuangan aku dahulu. Kepada semua, syabas dan tahniah diucapkan dan semoga success selalu.

0 comments: