10.57 PM: Perjalanan ke sana mengambil masa kira-kira 2 jam sebab kami ada berhenti rehat di R&R Seremban untuk bersolat dahulu. Aku dan kawan-kawan sampai ke destinasi di rumah Cikmah dalam jam 3 PM.
10.59 PM: Sampai sahaja di sana, Cikmah jamu kan kami dengan nasi putih dan pelbagai jenis lauk. Lauk yang paling sedap aku rasa adalah sambal udang dan juga gulai daging. Kalau tak sedap masa kan aku dan kawan-kawan semua tambah nasi kecuali Rizal sahaja yang tidak mungkin kerana malu. Hokhohkhokhohkhok....
11.01 PM: Selesai sahaja acara makan, kita orang semua ke halaman rumah Cikmah untuk memetik buah mempelam epal. Man power yang tukang ambil buah ini adalah Khani. Time Khani ambil buah tu memang terbaik lah sebab siap pakai cermin mata hitam lagi.
11.03 PM: Acara penutup sempena konvoi ini adalah pergi ke pantai Port Dickson yang terletak tidak jauh daripada rumah Cikamh iaitu kira-kira 5 minit sahaja perjalanan menaiki kereta. Ini pengalaman kedua aku ke pantai kerana pengalaman aku ke pantai Port Dickson ini adalah ketika aku masih kecil dahulu. Sampai sahaja di pantai Farid sebagai photographer terus menunjukkan skill yang power dan banyak juga lah shot terbaik diberikan oleh Farid. Aku sendiri pun tidak ketinggalan menggunakan PDA aku untuk snap gambar.
11.08 PM: Kami semua meninggalkan pantai yang indah itu dan bertolak balik ke Damansara kira-kira 7 PM. By the way aku berharap next time aku boleh bawa adik-adik aku untuk menikmati suasana pantai time cuti sekolah yang bakal tiba tidak lama lagi ini. Sebagai pengakhiran enjoy gambar di bawah ini. :)





0 comments:
Post a Comment