12.17 PM: Rasanya masih tidak terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua para pembaca dan khususnya kepada kawan-kawan aku. Kelewatan aku ucapkan selamat hari raya ini adalah kerana kekangan masa dan sifat malas yang ada dalam diri aku ni. Hokhohkohkhok.... (banyak makan masa raya ni sebab tu malas).
12.20 PM: Pada 4 September 2010 yang lalu iaitu lebih kurang seminggu umat Islam menyambut Hari Raya, aku dan adik aku balik ke kampung sementara kerana membersihkan rumah pusaka moyang aku. Ini adalah kerana rumah itu tidak ada sesiapa yang tinggal lagi. Saudara-mara dan sepupu semuanya mempunyai rumah masing-masing di kampung oleh itu rumah pusaka itu arwah moyang aku wariskan kepada emak aku untuk menjaganya dan aku berpendapat rumah pusaka ini berumur linkungan 70-an ke 80-an macam tu.
12.24 PM: Oleh sebab aku telah mempunyai kereta, aku boleh katakan raya pada tahun ini amat bererti sekali buat diri aku sekeluarga sebab akhirnya aku dapat membawa keluarga aku balik beraya kedua-dua kampung belah ayah (Kg. Sungai Mahang, Nilai)dan emak aku (Kg.Sungai Lui, Hulu Langat). Sungguh meriah raya kali sebab dapat berjumpa dengan semua saudara dan sepupu aku walaupun time raya kali ini sungguh singkat kerana raya ke-4 dah balik ke Shah Alam. Semuanya kerana adik bongsu aku akan menghadapi peperiksaan UPSR pada Selasa ini (21/9/2010). Oleh itu tak mengapalah sacrifice sikit pada tahun ini.
12.27 PM: Bila time balik kampung ni mula lah saudara-mara aku tanya bila aku nak naik pelamin. Jawapan yang aku berikan pada mereka adalah tgh kumpul duit dan tak ada calon lagi. Aku sendiri pun tak tahu bila lagi. Biarlah masa sahaja yang menentukannya. :)
12.32 PM: Akhir sekali sekali lagi aku ingin ucapkan Salam Aidilfitri dan maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri aku ini.
0 comments:
Post a Comment