5.32 PM: Sebelum ini aku pernah postkan entri tentang Facebook dari kaca mata aku dan juga Social Networking. Tajuk entri aku pada kali ini adalah kombinasi di antara kedua-dua post sebelum ini.
5.35 PM: Semakin hari semakin banyak masalah yang aku pandang serius di laman web sosial ini. Memang tak dinafikan dunia maya ini adalah dunia tanpa sempadan juga semua orang boleh berkata-kata dengan bebasnya di laman blog sendiri apatah lagi di laman web sosial yang dibuat dengan menggunakan akaun email sendiri.
5.39 PM: Malah aku sendiri semakin rasa bosan dan jelik dengan salah sebuah laman web sosial ini kerana wujudnya golongan pengguna yang bangga dengan apa yang mereka lakukan dan show off di laman web sosial khususnya. Tambah menyedihkan ianya berlaku di golongan / kaum aku sendiri. Antara benda-benda yang aku ungkitkan di sini adalah bangga meneguk / pegang botol arak pastu show off dan lain-lain. Bila ada para pengguna lain yang tegur mereka ini semua, dibalasnya dengan cacian dan maki hamun. Adakah golongan seperti ini bangga dengan apa yang dilakukan dan adakah mereka beranggapan "kita masih muda...enjoy dulu.... tua nanti baru taubat".
5.48 PM: Andai kata diorang itu menemui ajal sebelum taubat macam mana? Kita tahu tarikh lahir kita, kita tahu tarikh-tarikh yang penting semua tapi.... bila kah tarikh kita mati? Tiada siapa yang tahu sebab mati itu boleh terjadi pada yang muda atau yang tua. Akhir kata bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini aku berharap lah golongan sebegini akan sedar dengan perbuatan mereka semua.
Berubahlah sebelum terlambat....
0 comments:
Post a Comment