Wednesday, August 11, 2010

Siapa aku?

8.17 PM: Dah 5 tahun aku dalam dunia blogging ini tapi setahu aku belum pernah aku membuat entri tentang diri aku. So entri kali ini adalah serba sedikit tentang diri aku:-

1. Aku hanya seorang insan biasa yang mempunyai life style sederhana sahaja.

2. Hobi aku adalah membaca. Kalau dulu material bahan bacaan aku adalah hard copy sekarang aku hanya prefer soft copy di internet sahaja. Terdapat banyak sangat maklumat di internet so kena fully utilize it.

3. Secara jujurnya aku adalah seorang yang pendiam.

4. Aku seorang yang ambitious. Aku mempunyai cita-cita yang sangat besar dan aku cuba melaksanakan impian aku tak kira apa jua rintangan yang mendatang. Dan sekarang ada dua orang yang memberi inspirasi kepada aku untuk maju ke hadapan khususnya dalam dunia IT ini.

5. Aku seorang yang amat berhati-hati dalam membuat keputusan. So aku ni boleh dikategorikan sebagai analytical person. Walaupun begitu aku masih perlukan pendapat orang sebelum aku membuat sebarang keputusan.

6. Akhir sekali aku boleh dikategorikan sebagai geek dan kurang bersosial. Most of time aku habiskan masa depan PC sahaja sebab PC lah teman aku ketika sedih dan gembira.

0 comments: