7.07 AM: Dah dua bulan aku tidak update apa-apa di blog aku semuanya kerana kesibukan yang amat sangat dan juga kerana kekurangan idea untuk update. Walaupun begitu aku tetap aku cuba untuk update walaupun aku sendiri telah jarang masuk ke blog aku sendiri ini. By the way, pertama sekali aku ingin ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia khususnya kepada kawan-kawan aku dan juga para pembaca sekalian. Aku bersyukur sangat sebab dapat menyambut bulan puasa pada kali ini.
7.10 AM: Life aku sekarang boleh dikatakan sederhana sahaja dan berjaya berdiri kembali setelah jatuh beberapa bulan yang lalu. Kesibukan aku sebagai IT engineer berjaya melupakan segala kekecewaan di masa yang lalu dan kini aku sedang cuba merealisasikan impian aku.
7.14 AM: Pada hari Isnin (9/8/10) dan Selasa yang lalu (10/08/10) syarikat aku telah menganjurkan away dah ke Cameron Highland dan khusus untuk para engineer dari WINTEL Operation sahaja. Sepanjang berada di sana tidak banyak aktiviti yang aku lakukan berbanding dengan kawan-kawan aku kerana aku letih yang amat sangat dan kebanyakkan masa aku dihabiskan atas katil sahaja untuk tidur sebab aku baru habis shift malam pada pagi isnin yang lalu. Antara aktiviti yang aku join adalah dinner BBQ, aktiviti team building (hanya mereka yang di invite oleh TL aku jea... ahahaha) dan juga membeli buah tangan seperti buah strawberi untuk di bawa balik. Aku rasa aktiviti yang menarik sekali adalah aktiviti team building oleh TL kerana aku banyak mendapat input berguna dan courage untuk mencapai impian aku. Antara kata-kata baru yang aku dapat adalah moonlight activity (betul kaa TL? lupa daa...) dan juga spark of brilliance. :)
7.20 AM: Last not least, aku ingin ucapkan terima kasih kepada TL aku yang invite aku untuk join malam hari Isnin tersebut. Kepada kawan-kawan dan para pembaca sekalian jangan ponteng puasa... hokhohkohkhohok.....
0 comments:
Post a Comment