5.38 PM: Semalam salah seorang teman aku di facebook postkan entri tentang kandungan E471 yang di dalam product minuman yang sudah tidak asing di negara kita ini iaitu minuman product Ye0's.
6.01 PM: Sejak dari aku darjah 6 sehingga lah aku dah masuk alam pekerjaan ini tak habis-habis dengan isu penggunaan lemak haiwan / tumbuhan di dalam makanan atau pun minuman. Bila ada jea penggunaan benda-benda sebegini mula lah nak salahkan JAKIM dan badan-badan yang berkaitan. Aku pun hairan kenapa asyik-asyik nak salahkan mereka ini sahaja? Mana usaha korang semua? Dalam usaha JAKIM ini untuk membendung masalah ini mesti ada yang terlepas pandang dan korang pun kenalah mainkan peranan juga. Korang pernah memancing ikan tak? Pernah dapat tangkap semua ikan yang berada di tasik / laut tu? Sama jugalah dengan JAKIM.
6.09 PM: Aku dalam ini tidak ingin menyalahkan sesiapa sebab aku cuma pegang pada yang satu jea. Kalau was-was (Syubhah) maka haram hukumnya. Oleh itu tinggalkanlah. Tetapi jika korang yakin, maka teruskanlah. Islam itu agama yang mudah tetapi manusia yang membuatkan ianya menjadi susah.
0 comments:
Post a Comment