Monday, May 17, 2010

Trip ke PD

7.20 AM: Setelah sekian lama aku tidak menjejakkan kaki ke Port Dickson, akhirnya semalam merupakan kali kedua aku turun ke PD. Kali pertama aku menjejakkan kaki ke sana adalah kira-kira beberapa belas tahun yang lalu iaitu semasa aku berumur 4 ke 5 tahun.

7.23 AM: Para peserta yang pergi ke PD semalam adalah aku, Rizal, Cik Yati, Cik Mona, Cik Rahmah dan juga Razlan. Pukul 7.50AM semalam, kami semua berkumpul dahulu di Secure Parking di depan pejabat lama aku iaitu HP dan kami bertolak jam 8.30AM. Perjalanan ke PD semalam mengambil masa kira-kira 2 jam sebab kami berhenti rehat seketika di R&R Seremban. Kami sampai di sana dalam jam 10.30AM. Aku dan kawan-kawan ke PD semalam bukanlah untuk berkelah tetapi menghadiri majlis perkahwinan ex-TL yang berlainan bangsa dan agama.

7.29 AM: Setelah selesai majlis perkahwinan ex-TL, Cik Rahmah menjemput kami semua ke rumah kampung beliau yang terletak di Lukut / Teluk Kemang. Ini adalah kerana Cik Rahmah dan keluarganya membuat kenduri doa selamat. Pada pukul 3.45PM, kami semua bertolak pulang ke KL.

7.32 AM: Bagi aku ini sememangnya pengalaman menyeronokkan sebab aku manfaatkan off day aku dengan kawan-kawan di HP walaupun kini aku telah bekerja di Cyberjaya. Tapi satu jea yang aku tak boleh lupakan Cik Yati memang drive laju sepanjang perjalanan pergi dan balik. Aku memang tak boleh nak kejar beliau pun semalam. Hokhohkohkhohkhok.... Apa-apa pun kalau ikutkan perancangan Rizal, next time maybe kita orang akan buat perkhelahan di PD pula. :)

0 comments: