Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru!

7.37 AM: Pertama kali aku ingin ucapkan Selamat Hari Guru dan terima kasih kepada semua para cikgu yang telah mendidik aku tanpa mengenal erti penat dan jemu. Bawah ini aku senaraikan para cikgu yang masih kekal di ingatan aku:

Pn. Siti Sabariah - Cikgu Sains aku masa darjah 6 Baiduri yang menakutkan sebab selalu marah. Ahahaha... walaupun beliau marah tetapi sebenarnya beliau seorang yang baik hati

Pn. Siti Aina - Guru BM aku dan juga Guru Besar semasa aku rendah. Teknik pengaran beliau yang bagus di dalam kelas membuatkan aku peroleh A dalam subjek BM1 dan BM2 semasa UPSR

Pn. Nur Asyikin - Cikgu Kajian Tempatan aku yang suka membuat lawak sewaktu sesi pembelajaran dan itu menjadikan suasana pembelajaran itu sangat seronok dan tidak bosan

Cikgu Matematik darjah 6- Aku dah lupa nama cikgu matematik ini tapi aku takkan lupakan beliau sebab cara beliau mengajar juga sangat menarik

Cikgu Kemahiran Hidup form 3 - Seorang guru yang sangat tegas sewaktu mengajar. Paling aku tidak boleh lupakan adalah aku dan kawan-kawan sekelas di kurung di bengkel KH sebab lambat menyiapkan kerja.
Banyak memberikan nasihat dan ternyata nasihat yang diberikan oleh beliau dahulu menjadi kenyataan. Antara nasihat yang masih kekal di ingatan aku: "Saya marah, rotan atau nasihat kamu bukan sebab saya benci kamu tetapi saya mahu kamu semua menjadi seorang manusia yang berguna"

Ustaz Halim - Ustaz aku sewaktu aku di tingkatan 4 dan 5. Beliau merupakan seorang guru yang sangat baik, suka membuat lawak di dalam kelas dan cara beliau mengajar juga sangat menarik

Mr. Kunalan - Cikgu Add Math aku sewaktu tingkatan 4 dan 5. Beliau merupakan seorang yang tegas keran beliau juga merupakan seorang cikgu disiplin. Soalan Add Math yang diberikan oleh beliau aku dan rakan sekelas pasti sukar untuk cari jawapannya dan balik-balik cikgu bagi soalan cikgu yang jawab balik soalan tu. Ehehehehe...

7.54 AM: Aku rasa ini lah serba ringkas untuk para guru yang masih kekal dalam ingatan aku. Walaupun adalah sebilangan guru yang aku tidak ingat namanya tetapi jika berjumpa di luar pasti aku akan bertegur sapa kerana jasa cikgu ini dikenang sepanjang hayat. Thanx to all my teacher! :)

0 comments: