7.11 PM: Bagi aku ilmu dan amal saling memerlukan antara satu sama lain di dalam kehidupan kita ini. Dari sudut Islam, contohnya jika seseorang itu beramal tanpa ilmu adalah sesat manakala berilmu tanpa amal adalah sia-sia.
7.14 PM: Macam aku sekarang boleh diibaratkan kategori ilmu tanpa amal. Aku cakap ini dari sudut pekerjaan aku ini. Sejak aku menjaga server iaitu paras high level ini dan setelah setahun aku meninggalkan dunia troubleshoot PC, aku dapat rasakan ilmu aku ttg dunia troubleshoot PC ini makin kurang dan makin tumpul. Yealah, PC adik aku sendiri rosak pun aku tak tahu part mana yang rosak.
7.19 PM: Setelah sehari lebih aku cari punca masalah akhirnya aku dapati motherboard PC adik telah pun kong. So jawapannya kenalah beli motherboard baru, processor baru dan memory DDR3 yang baru. Dah lama betul aku tidak updatekan diri tentang dunia PC ini, sebab beberapa hari lepas aku baru sahaja lihat, sentuh dan setup rig baru untuk adik aku ini. Motheboard AM3, AMD Athlon X2 240 AM3, Memory 2GB DDR3 dan tidak lupa juga Windows 7. It's all new experience pada aku. :)
7.24 PM: Apa-apa pun selepas ini aku tidak boleh tinggalkan dunia PC ini sebegitu sahaja sebab daripada PC lah aku mengenal dunia IT hingga membawa aku ke level sekarang ini. :)
0 comments:
Post a Comment