Wednesday, April 21, 2010

Bowling time!

6.20 PM: Semalam 20/04/2010 aku join main bowling dengan ex-team aku iaitu SDCC Wintel 2nd half (Shift C dan D) di One Utama. Aku sebenarnya adalah tetamu yang tak diundang / pendatang tanpa izin sebabnya aku dah berhenti daripada HP. Tapi dah ex-TL aku suruh main juga, takkan aku nak menolak. Hohkohkhohkhohkok....

6.26 PM: Sepanjang dalam hidup aku, inilah first time aku main
bowling. Acara main bowling ini patut mula 4pm tapi alih-alih mula pukul 5.45pm sebab tunggu ex-TL aku datang. Tujuan aku join sama sebab aku nak jumpa member-member aku dari 2nd half ni yang banyak membantu sepanjang aku bekerja di HP. Peserta yang hadir tidaklah lengkap tapi sekurang-kurangnya aku dapat juga jumpa. Antara yang hadir semalam adalah Hasrizal, Cik Rahmah, Kitel, Abhilash, Vicky dan juga ex-TL aku. Shift C boleh dikatakan kehadiran lengkap juga compare dgn dengan shift D cuma Hasrizal jea include aku ex-shift D.

6.35 PM: Apa-apa pun kepada semua kawan-kawan aku ucapkan terima kasih banyak sebab beri aku peluang untuk jumpa dengan korang semua. Jumpa lagi lain kali. :)





0 comments: