Thursday, April 08, 2010

Big money Big Responsibility

8.42 PM: Semalam adalah hari pertama aku memulakan shift setelah 2 minggu lebih aku berada dalam mode buffer / onboarding / learning. Bagi aku time buffer adalah masa yang paling menyeksakan sekali sebab akan duduk saja baca reading material sampai rasa nak muntah. Hokhohkhohkohkhok....

8.44 PM: Tapi bila dah masuk shift ni rasa macam nak pecah kepala dan menangis jea sebab banyak sungguh benda aku kena buat. Hari pertama masuk shift semalam aku cuma closed duplicate event sahaja kerana aku masih lagi belum dapat akaun untuk login ke server. So boleh dikatakan aku rilex sahaja semalam dan dapatlah tutup 250 tiket. Hari ni hari kedua aku masuk shift dan akaun untuk login ke server telah pun aku dapat. Tapi nak dijadikan cerita lain pula yang berlaku.

8.48 PM: Team yang aku masuk ni kekurangan team member berbanding dengan team lain yang mana telah cukup head count untuk satu team tersebut. Dalam team aku sekarang ni cuma ada 5 orang sahaja. Dua orang senior tapi hanya sorang jea yang expert, dua orang level beginner dan aku still newbie. Dua orang level beginner tu asalnya buat incident tiket dan sekarang beralih ke CR / CHM. So aku yang masih terkial-kial nak buat incident tiket pun diheret masuk sama dalam CR / CHM ni gara-gara tak cukup man power. Hari ni banyak jugalah outside customer call yang aku jawab dan macam-macam bahasa yang aku dengar. Semua interaksi adalah dalam BI tetapi banyak slang / loghat BI yang aku dengar. Sakit kepala dan bernanah telinga aku ni dibuatnya. Hokhohkhohkohkhok... First time dalam hidup aku interaksi dengan international customer ni.

8.57 PM: Aku rasa macam nak minta pada team lead aku untuk biarkan aku specialize buat incident dan PMR / RCA sahaja sebab aku lebih suka part troubleshooting ni compare menjawab call dari customer ni. Lagi pun kelebihan aku kerja di HP sebelum ini mungkin melayakkan aku untuk buat incident dengan laju. Well, nanti lah seminggu ke dua minggu lagi aku cuba request dan harap-harap dapatlah. Tapi apa-apa pun gaji yang aku dapat sekarang ni adalah sepadan dengan kerja yang dibuat. Hokhohkhohkhohkok.... Good luck untuk akoooo... :)

0 comments: