5.43 PM: Pada 15 Mac yang lalu, secara rasminya aku telah menjadi pekerja T-Systems. Di sini suasana bekerja itu amat berbeza sekali jika dibandingkan dengan kerja aku di HP. Pada hari pertama kerja sahaja aku telah dapat laptop dan juga cubicle sendiri. Bila dapat laptop ini bermakna heavy workload.
5.53 PM: Di sini juga terdapat banyak pantry / cafeteria dan tidak lupa game room untuk bermain pool, dart, pingpong. Akhir sekali terdapat juga kemudahan gym khas untuk para pekerja T-Systems dan Shell sendiri.
5.56 PM: Para pekerja di sini juga bebas untuk bergerak ke mana-mana sahaja dalam bangunan wisma shell 1 dan wisma shell 2 ini. Kerja aku di sini adalah support server shell sendiri. Skop kerja lebih kepada kerja-kerja L2 / L3 seperti buat analyze dump file, reboot server, update server, patching dan lain-lain.
5.59 PM: Tool yang digunakan di sini adalah OVSC tapi dah dicustomize ikut T-Systems punya style. Harapan aku bila dah masuk sini adalah untuk belajar lebih banyak daripada position aku sebagai L1 di HP dahulu dan aku nak specialize maybe dalam PMR / RCA. Akhir kata good luck kepada aku dan welcome to the board Ahmad Yazid!. :)
0 comments:
Post a Comment