Tuesday, October 27, 2009

Where are you after one year?

6.26 PM: Bulan November yang bakal tiba beberapa hari lagi ini genaplah setahun aku dan kawan-kawan seperjuangan graduated dari UNITAR (Universiti Tun Abdul Razak) pada November 2008 tahun lalu. Banyak suka dan duka, aku dan kawan-kawan tempuhi sewaktu masih bergelar pelajar.

6.29 PM: Antara kenangan waktu study adalah meniru. Kalau dah jadi student IPT ni memang tak sah kalau tak copy dan paste artikel/info/projek orang lain dari internet. Aku sendiri pun adalah beberapa assignment yang copy paste dari internet. Tapi bila aku dah copy paste dari internet pun, aku akan fahami dahulu dan kemudian barulah modified. Kalau copy paste dan tak mahu fahamkan pun tak guna kan? Subjek yang copy paste dari internet ini adalah mostly subjek programming.
Aku copy paste dari internet pun sbb otak aku ni tak boleh masuk subjek yang melibat pemikiran logik ini. So anda di luar sana yang masih bergelar student, jangan cakap anda tidak pernah copy paste? Hohkohkhohkhok.....

6.41 PM: Lepas setahun aku dan kawan-kawan graduated dari UNITAR maka kami membawa haluan masing-masing dan kami masih lagi berhubung sehingga sekarang. Di bawah ini adalah di mana kami sekarang:

Anitawati - Tester Engineer, XYBASE Sdn Bhd
--> Kerja di tempat di mana beliau menjalankan latihan industri. Bakal jadi future programmer / developer.

Nur Malia - Tester Engineer, XYBASE Sdn Bhd
--> Seperti mana Anita, member aku ni pun kerja di tempat menjalankan latihan industri

Ozy Azeya - Kerja something related dengan management di company area Tropicana

Vinoth - Sambung ijazah di UNITAR

Suriavarman -
Sambung ijazah di UNITAR

Aku - Wintel Support Engineer L1, HP GCM
--> Former member di EPSB (1 and 1/2 year experience)

7.02 PM: Nampaknya semua kawan-kawan seperjuangan termasuklah aku sendiri telah mempunyai kerjaya masing-masing. Tapi perjalanan masih lagi jauh dan penuh berliku.
Aku kini dalam progress nak realisasikan big dream jadi network engineer dan make big profit dalam short term target (4 tahun). Dan Alhamdulillah, kini aku dah dah memulakan langkah tersebut. Akhir sekali kepada semua rakan-rakan, aku ucapkan korang selamat berjaya dalam menempuh perjalanan hidup ini!

0 comments: