Tuesday, October 20, 2009

Social Networking

8.01 AM: Sekarang ni makin lama makin banyak laman web social networking yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Kalau 3 ke 4 tahun lepas, ramai orang register di myspace dan juga friendster tetapi kini ramai orang tergila-gilakan facebook. Semua ex-ofis aku yang lama masing-masing ada akaun facebook. Malah anak jiran aku yang baru sekolah rendah pun dah ada akaun facebook. Adakah aku boleh dikata ketinggalan dalam dunia cyber ini kerana tidak register facebook? Jawapannya adalah tidak. Sebab bagi aku semua laman web social networking ini sama sahaja walaupun setiap social networking ini ada vision tersendiri. Hokhohkohkhohkhohk.....

8.10 AM: Bagi aku kewujudan social networking ini ada kebaikkan dan keburukannya yang tersendiri. Kebaikkannya adalah dapat kumpul kawan-kawan lama yang telah terpisah dan juga kawan yang sedia, dapat buat announcement untuk sesuatu seperti untuk buat gathering dengan kawan-kawan kelas, malah kalau bernasib baik boleh dapat peluang pekerjaan seperti yang dialami oleh electroboy
melalui linkedin.com. Antara keburukannya adalah seperti berlakunya scam, phishing dan lain-lain.

8.17 AM: Bagi aku kewujudan sesuatu laman web social networking ini adalah bermusim sahaja dan cuma mampu bertahan untuk 3 atau 4 tahun sahaja. Lihat saja apa yang sudah terjadi kepada myspace dan friendster. Kalau sekarang ini facebook bermaharajalela tak tahulah apa lagi laman web social networking di masa akan datang akan wujud. Tak kisahlah apa pun yang wujud, sukar nak cari yang die hard fan (kipas susah mati). Betul tak? Hohkohkhohkhokhohkhohk..... Apa-apa pun mari kita layan video youtube di bawah ini. Yosh!

0 comments: