7.35 AM: Seperti mana orang lain aku juga telah register akaun facebook awal bulan Oktober yang lalu. Tetapi aku hanya aktif pada dua ke tiga hari yang lalu sahaja. Bagi aku facebook adalah sama sahaja seperti laman web social networking yang lain seperti tagged, friendster, myspace dan juga hi5. Tak ada apa-apa kelebihan pun.
7.38 AM: Bila aku search profile kawan-kawan aku di facebook ada di antara sudah mempunyai friend list sebanyak 300 ke 500 orang. Jadi membuatkan aku terfikir adakah semua friendlist benar-benar "kawan" anda atau saja-saja approve / request kerana mahu show off dan bangga mempunyai senarai friend list yang paling banyak? Hokhohkhohkohkhok.....
7.41 AM: Kemudian ada di antara mereka yang register semata-mata untuk bermain games dan lain-lain application yang disediakan di facebook ini. Tak kurang juga ada di antara member aku yang register facebook dan kemudian show off gambar berpelukan dan kissing dengan couple masing-masing. Adakah anda bangga bila letak gambar-gambar sebegini di facebook? Bagi aku bila dah letak gambar sebegini sendiri buat tanggunglah risiko sendiri di "sana" esok. Hokhohkhohkohkhok....
7.46 AM: Selain itu bagi aku page di facebook ini agak berserabut walaupun berwajahkan web 2.0 dan juga fungsi-fungsi AJAX yang sesuai dengan peredaran zaman. Selain itu kerja yang dibuat juga akan jadi kurang produktif bila seseorang itu dah addict dengan facebook ini. Oleh itu kesimpulannya aku akan delete / deactivated akaun facebook aku sebab tidak kena dengan jiwa aku. Aku lebih prefer friendster dan juga linkedin berbanding dengan facebook. Hokhohkhohkohkhok....
1 comments:
kelakar gak baca diari ko nih...sampaikan pasal facebook pon ko ade prinsip.. Pasal twitter ko ade guna tk? Lagi mmg kena dgn jiwa ko. Sbb setiap jam ko citer ape yg ko lalu. Apapun aku guna facebook buat application. Tp ko betol 1 perkara. Facebook ni mmg hampeh. Library facebook developer tu agak susah nk kuasai dan lembab. Benci lak aku nk baca manual tu semua
Post a Comment