8.20 AM: Pada entri kali ni, aku nak kongsi pengalaman kerja aku yang sering kali outstation. Dulu, masa zaman study di kolej aku tidak berminat untuk membuat kerja-kerja outstation ni. Sebab aku tidak berminat adalah kerana buat kerja outstation amat meletihkan. Tapi bila aku sendiri dah berada di alam pekerjaan ni, baru aku tau nikmat kerja luar / outstation ni tambahan pula core business syarikat EPSB ni lebih kepada bas ekspress.
8.24 AM: Skop kerja aku pada waktu ini sebagai technician system support kepada MARA Liner dan akan datang 30 buah syarikat bas ekspress. Bila ada masalah pada komputer di kaunter, aku akan cuba troubleshoot dulu dengan remote atau pun melalui telefon. Tetapi jika kedua-dua kaedah ini tidak dapat menyelesaikan masalah, barulah aku turun ke kaunter.
8.28 AM: Aku dah mula kerja outstation ni semasa praktikal lagi iaitu ikut manager aku, En. Helmi pergi ke Alor Gajah dan juga Seremban. Tetapi selepas aku ditawarkan bekerja di EPSB ni, aku turun seorang diri sahaja ke kaunter. Antara kaunter yang telah aku lawati luar daripada KL / Selangor ni adalah di Kuala Nerang, Alor Setar, Sungai Petani, Parit Buntar, Kuantan, Pekan, Sungai Koyan, Raub dan juga Melaka Sentral.
8.32 AM: Bila dah outstation memang letih sikit sebab tidur dalam bas kerana aku selalu bertolak pada waktu malam dan sampai keesokkan paginya. Apa yang best ketika outstation ni adalah, staff di kaunter-kaunter selalunya akan belanja aku makan sebab aku dah troubleshoot komputer untuk mereka. Kemudian, dapat melihat pelbagai sikap dan ragam manusia di serata tempat. Hohkohkhohkhohohk.....
Monday, December 29, 2008
Thursday, December 25, 2008
ISFJ
5.54 PM: Aku menulis entri pada kali ni adalah disebabkan bosan yang melanda ketika cuti umum untuk krismas pada hari ini. Dan esok lagilah bosan sebab separuh daripada staff di ofis aku, sambung cuti tersepit. Hohkohkhohkhok....
5.57 PM: Pada petang ni aku saja-saja menggooglekan diri aku mencari personaliti diri aku. Akhirnya aku jumpa sebuah laman web yang diberi nama What's Your Personality Type?. Di laman web ni aku suka-suka saja untuk jawab soalan yang diberikan. Selesai sahaja aku menjawab semua soalan yang diberikan, maka aku pun dapat keputusan untuk personaliti diri aku. Berdasarkan keputusan yang diberikan ini, aku adalah personaliti ISFJ. Di antara jawapan yang diberikan itu, memang sedikit sebanyak menggambarkan personaliti aku yang sebenar.
6.23 PM: Apa-apa pun kepada sesiapa yang hanya ingin mencuba personaliti test / quiz, bolehlah mencubanya di What's Your Personality Type?.

Sunday, December 21, 2008
Mantera Beradu
8.19 AM: Dua tiga hari lepas ni aku ada download lagu baru iaitu Mantera Beradu yang dinyanyikan oleh M.Nasir ft Malique. Pada asalnya, aku kurang memahami maksud tersirat yang hendak disampaikan melalui lagu ini. Tetapi selepas beberapa aku mencari dan menghayati lirik lagu ni, barulah aku memahaminya.
8.22 AM: Lirik lagu ni kalau tak silap aku dicipta oleh M.Nasir sendiri. Aku bukan big fan M.Nasir ni tetapi aku akui banyak lirik lagu yang dicipta oleh M.Nasir memang puitis tetapi mempunyai maksud yang mendalam. Sebab tu banyak lagu yang menggunakan lirik M.Nasir memang sedap didengar.
8.28 AM: Tidak hairanlah kalau lagu zaman 80an dan 90an dulu meletup sebab bila lirik lagu dan melodinya yang dicipta datang dari ilham pastinya lagu tu sedap didengar. Kalau nak dibangdingkan dengan lirik lagu zaman sekarang memang membosankan sebab kalau diperhatikan banyak ayat-ayat cinta sahaja seperti aku cinta....aku rindu...blablabla.....
8.32 AM: Apa-apa pun kepada sesiapa yang belum dengar lagu ni, sila cari sendiri di google. Hohkhokhohkhohkhok......

Saturday, December 20, 2008
MCP W2K3 obtained
6.43 PM: Pagi tadi, pukul 10.30am adalah exam 70-290. Tetapi sebelum aku menduduki exam ni, aku telah datang awal kira-kira 9.30am ke training centre untuk melakukan revision terlebih dahulu.
6.45 PM: Aku berjaya habiskan exam ni kira-kira 12.45pm dan aku telah pun lulus dalam exam pada kali ni. Aku mendapat skor 860/1000. Memang ada hikmah yang tersembunyi di sebalik kegagalan + masalah yang aku hadapi yang telah dinyatakan dalam entri yang lepas.
6.50 PM: Aku telah berjaya mendapatkan Microsoft Certified Professional W2K3. Walaupun aku telah mendapat MCP tidak bermakna perjuangan aku telah selesai kerana aku masih perlu menduduki 3 lagi exam bagi melayakkan aku mendapat MCSA 2003. Exam aku yang seterusnya adalah 70-620 : Microsoft Windows Vista Client iaitu pada 3 Januari 2009.
6.57 PM: Akhir sekali aku ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu aku dalam menghadapi MCP ini.

Monday, December 15, 2008
Nasib
7.51 AM: Semalam adalah hari di mana aku re-take exam MCP Windows Server 2003 (70-290) di TrainPro. Exam yang pertama sebelum ni aku gagal sebab masa tu aku tengah demam. Dan untuk re-take semula exam 70-290 pada semalam, aku telah study dan buat persiapan yang secukupnya.
7.53 AM: Pada exam semalam, berlaku pula perkara di luar jangkaan aku. Semasa aku dah half-way untuk habiskan soalan semalam, boleh pula keluar error mengatakan bahawa "Delayed Write Failed" dan lost connection pada Pearson VUE / Prometric. Setelah berlaku error ni aku pun report pada course consultant dan di kata ID dah crash dan ini bermakna kesemua soalan yang aku dah jawab pun turut hilang.
7.59 AM: Course consultant dan juga CEO TrainPro ni sedaya upaya tolong aku seperti menghubungi pihak MS sendiri untuk mendapatkan master code bagi membolehkan aku menjawab soalan exam yang baru. Tapi malangnya, pihak MS tidak dihubungi. CEO TrainPro juga menjelaskan bahawa sistem Pearson VUE / Prometric memang mengalami masalah pada semalam.
8.04 AM: Oleh disebabkan masalah ini, TrainPro terpaksa membatalkan exam aku yang semalam itu dan membuat laporan terhadap masalah ini. Course consultant berkata, dia akan booking exam 70-290 sekali lagi pada sabtu minggu depan. Hohkohkhohkhok.... Dan ini bermakna aku mempunyai masa seminggu lagi untuk study exam 70-290 ni dan diharapkan aku dapat buat dengan jayanya.

Tuesday, December 02, 2008
Farewell Internship student
2.55 PM: Hari ni aku merasa sedih sebab hari ni merupakan hari terakhir bersama-sama dengan 2 orang pelatih praktikal iaitu Syarima & juga Yani. Mereka berdua ni datang daripada UUM Sintok dan telah menjalani latihan industri di EPSB selama 6 bulan.
2.59 PM: Sepanjang mereka berdua dan juga pelatih praktikal yang lain (Kak Nor, Nazri, Faisal, Yana, Anum) berada di EPSB, memang riuh-rendah dengan gelak ketawa (kanak-kanak riang) mereka semua. Kiranya bila diorang masuk EPSB ni, memang suasana di ofis sentiasa ceria.
3.01 PM: Tapi tanpa disedari, tempoh 6 bulan latihan industri mereka berdua telah pun sampai ke penghujungnya. Rasa sekejap sangat mereka berdua menjalani latihan industri di sini. Lagi pun mereka berdua dan pelatih praktikal lain telah menjadi kawan aku sepanjang menjalani latihan industri di EPSB ni.
3.06 PM: Di hari-hari terakhir mereka berdua di sini, mereka telah pun menghadiri beberapa sesi temuduga dan akhirnya telah berjaya mendapat kerja di Bangsar. Apa-apa pun aku ingin mengambil kesempatan di sini untuk memohon maaf kepada mereka berdua, Syarima dan Yani sekiranya aku ada terkasar bahasa sepanjang mereka berdua menjalani latihan industri di EPSB ni. Selain itu aku juga ingin mengucapkan selamat menempuh ke alam pekerjaan dan juga selamat berjaya kepada mereka berdua.

Subscribe to:
Posts (Atom)