Sunday, August 29, 2010

Selamat Hari Kemerdekaan ke-53

Nothing much to say... just want to say:-

Selamat Menyambut Kemerdekaan 53!

Layan klip video bawah ni:


video

Thursday, August 26, 2010

Kalau rasa was-was tinggalkanlah!

5.38 PM: Semalam salah seorang teman aku di facebook postkan entri tentang kandungan E471 yang di dalam product minuman yang sudah tidak asing di negara kita ini iaitu minuman product Ye0's.

6.01 PM: Sejak dari aku darjah 6 sehingga lah aku dah masuk alam pekerjaan ini tak habis-habis dengan isu penggunaan lemak haiwan / tumbuhan di dalam makanan atau pun minuman. Bila ada jea penggunaan benda-benda sebegini mula lah nak salahkan JAKIM dan badan-badan yang berkaitan. Aku pun hairan kenapa asyik-asyik nak salahkan mereka ini sahaja? Mana usaha korang semua? Dalam usaha JAKIM ini untuk membendung masalah ini mesti ada yang terlepas pandang dan korang pun kenalah mainkan peranan juga. Korang pernah memancing ikan tak? Pernah dapat tangkap semua ikan yang berada di tasik / laut tu? Sama jugalah dengan JAKIM.

6.09 PM: Aku dalam ini tidak ingin menyalahkan sesiapa sebab aku cuma pegang pada yang satu jea. Kalau was-was (Syubhah) maka haram hukumnya. Oleh itu tinggalkanlah. Tetapi jika korang yakin, maka teruskanlah. Islam itu agama yang mudah tetapi manusia yang membuatkan ianya menjadi susah.

Social Networking dari kaca mata aku

5.32 PM: Sebelum ini aku pernah postkan entri tentang Facebook dari kaca mata aku dan juga Social Networking. Tajuk entri aku pada kali ini adalah kombinasi di antara kedua-dua post sebelum ini.

5.35 PM: Semakin hari semakin banyak masalah yang aku pandang serius di laman web sosial ini. Memang tak dinafikan dunia maya ini adalah dunia tanpa sempadan juga semua orang boleh berkata-kata dengan bebasnya di laman blog sendiri apatah lagi di laman web sosial yang dibuat dengan menggunakan akaun email sendiri.


5.39 PM:
Malah aku sendiri semakin rasa bosan dan jelik dengan salah sebuah laman web sosial ini kerana wujudnya golongan pengguna yang bangga dengan apa yang mereka lakukan dan show off di laman web sosial khususnya. Tambah menyedihkan ianya berlaku di golongan / kaum aku sendiri. Antara benda-benda yang aku ungkitkan di sini adalah bangga meneguk / pegang botol arak pastu show off dan lain-lain. Bila ada para pengguna lain yang tegur mereka ini semua, dibalasnya dengan cacian dan maki hamun. Adakah golongan seperti ini bangga dengan apa yang dilakukan dan adakah mereka beranggapan "kita masih muda...enjoy dulu.... tua nanti baru taubat".

5.48 PM: Andai kata diorang itu menemui ajal sebelum taubat macam mana? Kita tahu tarikh lahir kita, kita tahu tarikh-tarikh yang penting semua tapi.... bila kah tarikh kita mati? Tiada siapa yang tahu sebab mati itu boleh terjadi pada yang muda atau yang tua. Akhir kata bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini aku berharap lah golongan sebegini akan sedar dengan perbuatan mereka semua.

Berubahlah sebelum terlambat....

Thursday, August 19, 2010

Selamat Harijadi Ako!

6.47 AM: Tepat 12.00AM 19/8/2010 tengah malam tadi, makin bertambahlah usia aku ini, daripada angka 22 ke angka 23. Sepanjang aku hidup selama 23 tahun ini, hari lahir pada tahun ini lah yang paling istimewa sekali sebab hari lahir aku jatuh di bulan Ramadhan yang mulia ini. :)

6.50 AM: Pada tahun ini seperti tahun-tahun yang sebelumnya aku menyambut harijadi dengan 'awek' kesayangan aku yang menjadi teman setia tidak kira masa ketika aku sedang sedih atau gembira. PC ku, terima kasih aku ucapkan kerana pada mu lah aku dapat mencoret kisah kehidupan aku. Entah bilanya aku nak sambut dengan teman istimewa pun aku tidak tahu sebab semuanya tidak menjadi. Tapi ada aku kisah? Better habiskan masa aku dengan PC lagi berfaedah walaupun sekarang aku ni dalam status mencari dan menunggu sahaja. Hokhokhohkohkhok....

6.53 AM: Tiap kali tibanya bulan Ogos ada beberapa orang kawan aku juga yang lahir di bulan ini. Ramar (15/8), 'kembar' aku, Leo Amsyar (19/8) dan juga Mohd. Hafizuddin (20/8) yang bakal esok hari. Kepada semua, aku ucapkan selamat menyambut harijadi yang ke 23. :P

6.59 AM: By the way sempena penutup kepada entri harijadi aku yang ke-23 ini aku nak buat wishlist sebab kali terakhir aku postkan entri wishlist ini adalah pada dua tahun yang lalu.

Wishlist:-

- New laptop / desktop - > akan dilaksanakan lagi dua bulan macam tu
- GPS gadget - > sama seperti di atas
- Ambil CCNA - > akan dilaksanakan lagi a few month
- Rumah - > mungkin lagi setahun lebih atau dua tahun lagi
- New GF? - > anytime pun boleh. hokhohkhohkhok

Thursday, August 12, 2010

System Administrator Appreciation Day

12.23 AM: Entri ini sepatutnya dibuat pada 30 Julai yang lalu tetapi di sebabkan ketika itu aku memang sibuk dan juga kekurangan idea untuk blogging maka akhirnya pada hari berjaya juga aku post kan entri ini. System Administrator Appreciation Day a.k.a Selamat Hari Pentadbir Sistem sedunia.

12.27 AM: Siapakah / Apakah pekerjaan sebagai System Admin ini? Senang cerita System Admin ini adalah orang yang bertanggungjawab untuk memastikan semua PC / server / network korang gunakan dalam berkeadaan baik by 24x7x365 setahun. Tan
pa System Admin di satu syarikat itu, mesti banyak masalah akan timbul. Bayangkan jika server down, siapakah yang akan dicari untuk membetulkan masalah ini? Sudah semestinya System Admin. Untuk mengetahui lebih lanjut siapakah kami yang bergelar System Admin, sila ke laman web http://www.sysadminday.com/

12.31 AM: Pada hari ini aku berbangga sebab skop kerja yang aku lakukan adalah sebahagian daripada mereka yang bergelar System Admin. Jadi kepada System Admin di luar sana, aku ingin ucapkan
Selamat Hari Pentadbir Sistem. :)


p/s: sejak balik dari away day ni makin banyak lak idea aku untuk update blog..... hokhokhohkhohkok....

Bertukar!

12.01 AM: Bertukarrrrr!!! Masih lagi terngiang-ngiang lagi perkataan ini di telinga aku. Seolah-olah baru semalam aku dengar perkataan ini. Perkataan inilah yang selalu diucapkan oleh ex-manager aku sewaktu aku bekerja di EPSB dahulu, En. Helmi Ramadan bin Abas a.k.a. abg helmi. :)

12.07 AM: Rasanya dah lama aku guna theme hijau + hitam untuk blog aku ini, kira-kira 2 ke 3 tahun. Sempena bulan Ramadhan pada kali ini aku theme blog aku telah bertukar kepada plain theme kerana plain theme bagi aku lebih mudah, ringkas dan ianya juga menggambarkan diri aku sebenarnya.

12.08 AM: Selain itu banyak juga benda telah bertukar dalam hidup aku ini. Contohnya financial planning, where I am suppose to be in next 3 years and 7 years in future dan lain-lain lagi. Apa-apa pun aku berharap apa yang aku rancangkan ini semuannya akan menjadi realiti. Keep it up Yazid!!!

Wednesday, August 11, 2010

Siapa aku?

8.17 PM: Dah 5 tahun aku dalam dunia blogging ini tapi setahu aku belum pernah aku membuat entri tentang diri aku. So entri kali ini adalah serba sedikit tentang diri aku:-

1. Aku hanya seorang insan biasa yang mempunyai life style sederhana sahaja.

2. Hobi aku adalah membaca. Kalau dulu material bahan bacaan aku adalah hard copy sekarang aku hanya prefer soft copy di internet sahaja. Terdapat banyak sangat maklumat di internet so kena fully utilize it.

3. Secara jujurnya aku dalah seorang yang pendiam dengan orang yang aku tak kenal. Tapi kalau dah kenal tu sure aku jadi orang yang banyak cakap khususnya kepada perempuan. Hokhokhohkhohkohk.....

4. Aku seorang yang ambitious. Aku mempunyai cita-cita yang sangat besar dan aku cuba melaksanakan impian aku tak kira apa jua rintangan yang mendatang. Dan sekarang ada dua orang yang memberi inspirasi kepada aku untuk maju ke hadapan khususnya dalam dunia IT ini.

5. Aku seorang yang amat berhati-hati dalam membuat keputusan. So aku ni boleh dikategorikan sebagai analytical person. Walaupun begitu aku masih perlukan pendapat orang yang lebih berpengalaman sebelum aku membuat sebarang keputusan.

6. Akhir sekali aku boleh dikategorikan sebagai geek dan kurang bersosial. Most of time aku habiskan masa depan PC sahaja sebab PC lah teman aku ketika sedih dan gembira.

Salam Ramadhan

7.07 AM: Dah dua bulan aku tidak update apa-apa di blog aku semuanya kerana kesibukan yang amat sangat dan juga kerana kekurangan idea untuk update. Walaupun begitu aku tetap aku cuba untuk update walaupun aku sendiri telah jarang masuk ke blog aku sendiri ini. By the way, pertama sekali aku ingin ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia khususnya kepada kawan-kawan aku dan juga para pembaca sekalian. Aku bersyukur sangat sebab dapat menyambut bulan puasa pada kali ini.

7.10 AM: Life aku sekarang boleh dikatakan sederhana sahaja dan berjaya berdiri kembali setelah jatuh beberapa bulan yang lalu. Kesibukan aku sebagai IT engineer berjaya melupakan segala kekecewaan di masa yang lalu dan kini aku sedang cuba merealisasikan impian aku.

7.14 AM: Pada hari Isnin (9/8/10) dan Selasa yang lalu (10/08/10) syarikat aku telah menganjurkan away dah ke Cameron Highland dan khusus untuk para engineer dari WINTEL Operation sahaja. Sepanjang berada di sana tidak banyak aktiviti yang aku lakukan berbanding dengan kawan-kawan aku kerana aku letih yang amat sangat dan kebanyakkan masa aku dihabiskan atas katil sahaja untuk tidur sebab aku baru habis shift malam pada pagi isnin yang lalu. Antara aktiviti yang aku join adalah dinner BBQ, aktiviti team building (hanya mereka yang di invite oleh TL aku jea... ahahaha) dan juga membeli buah tangan seperti buah strawberi untuk di bawa balik. Aku rasa aktiviti yang menarik sekali adalah aktiviti team building oleh TL kerana aku banyak mendapat input berguna dan courage untuk mencapai impian aku. Antara kata-kata baru yang aku dapat adalah moonlight activity (betul kaa TL? lupa daa...) dan juga spark of brilliance. :)

7.20 AM: Last not least, aku ingin ucapkan terima kasih kepada TL aku yang invite aku untuk join malam hari Isnin tersebut. Kepada kawan-kawan dan para pembaca sekalian jangan ponteng puasa... hokhohkohkhohok.....

Tuesday, June 15, 2010

Another Masterpiece Fade Away

7.10 AM: Sejak kebelakangan ini ramai kawan-kawan aku dari Second Half khususnya, Shift D yang bekerja di HP telah resign. Resignation pertama dimulai dengan Kitel dari Shift C, diikuti dengan Azman dari Shift C juga, Shaziad dari Shift D yang resign 24jam dan Nur Hayati dari shift D yang berbaki 2 minggu lagi.

7.14 AM: Walaupun aku sendiri telah resign dari emerio/HP, bila time free mesti aku jumpa mereka di HP.
Aku bangga dengan kemajuan kawan-kawan aku ini sebab dapat kerja yang lebih bagus tetapi dalam masa yang sama aku rasa sedih sebab selepas ini entah bila dapat jumpa dan lepak bersama-sama lagi. Apa-apa pun, kepada semua yang dah resign dan bakal resign aku ucapkan tahniah dan selamat maju jaya dalam kerjaya baru masing-masing.

Azman dan Kitel

Pizza treat oleh aku untuk Kitel

Dua orang sekali gus resign bulan ni. Yati dan Ijat.

Sunday, May 23, 2010

Ilmu dan amal

7.11 PM: Bagi aku ilmu dan amal saling memerlukan antara satu sama lain di dalam kehidupan kita ini. Dari sudut Islam, contohnya jika seseorang itu beramal tanpa ilmu adalah sesat manakala berilmu tanpa amal adalah sia-sia.

7.14 PM: Macam aku sekarang boleh diibaratkan kategori ilmu tanpa amal. Aku cakap ini dari sudut pekerjaan aku ini. Sejak aku menjaga server iaitu paras high level ini dan setelah setahun aku meninggalkan dunia troubleshoot PC, aku dapat rasakan ilmu aku ttg dunia troubleshoot PC ini makin kurang dan makin tumpul. Yealah, PC adik aku sendiri rosak pun aku tak tahu part mana yang rosak.

7.19 PM: Setelah sehari lebih aku cari punca masalah akhirnya aku dapati motherboard PC adik telah pun kong. So jawapannya kenalah beli motherboard baru, processor baru dan memory DDR3 yang baru. Dah lama betul aku tidak updatekan diri tentang dunia PC ini, sebab beberapa hari lepas aku baru sahaja lihat, sentuh dan setup rig baru untuk adik aku ini. Motheboard AM3, AMD Athlon X2 240 AM3, Memory 2GB DDR3 dan tidak lupa juga Windows 7. It's all new experience pada aku. :)

7.24 PM: Apa-apa pun selepas ini aku tidak boleh tinggalkan dunia PC ini sebegitu sahaja sebab daripada PC lah aku mengenal dunia IT hingga membawa aku ke level sekarang ini. :)